SELAMAT DATANG KE MALAYSIA

Home

Kandungan | Latar Belakang Geografi dan Sejarah | Sistem Pemerintahan | Penduduk | Agama | Kebudayaan dan Perayaan | Sistem Pengangkutan | Destinasi Pelancongan
Latar Belakang Geografi dan Sejarah

 

Latar Belakang Geografi

Malaysia meliputi satu kawasan seluas 329,758 kilometer persegi terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu serta kawasan pantai barat daya Pulau Borneo (Sabah dan Sarawak). Kedua-dua wilayah ini dipisahkan oleh Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia meliputi seluas 131,598 kilometer persegi bersempadan dengan Negara Thai di utara dan dengan Singapura di Selatan sementara Sabah yang seluas 73,711 kilometer persegi dan Sarawak yang seluas 124,449 kilometer persegi bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia.

 

Latar Belakang Sejarah

Perjanjian Persekutuan  Tanah Melayu telah ditandatangani pada bulan Ogos,1957. Pada akhir bulan ini, Malaya telah mencapai kemerdekaannya dengan Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama. Malaysia telah diwujudkan pada 16 September 1963.  Malaysia pada masa itu terdiri daripada Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Singapura telah berpisah daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965.